Headlines News :
Home » » 20 Fakta Tentang Gajah

20 Fakta Tentang Gajah

Written By Muhammad Yusuf on Tuesday, June 28, 2011 | 9:34 PM

Kami mengumpulkan fakta ini daripada pelbagai sumber dan menterjemahnya sendiri. Diharapkan agar kalian suka dengan 20 fakta menarik tentang gajah ini.
gajah afrika
gambar sumber dari National Geographic
  1. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat
  2. Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27)
  3. Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu
  4. Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan
  5. Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha)
  6. Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter
  7. Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State)
  8. Pada Perang Duni ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin
  9. Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.
  10. Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.
  11. Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari
  12. Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg
  13. Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin
  14. Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat
  15. Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja
  16. Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun
  17. Gajah tidur berdiri
  18. Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah.. hahaha)
  19. Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut
  20. Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Sponsor

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Dunia Binatang - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template