Pages

Thursday, July 14, 2011

TIPS MEMELIHARA TOKEK

e Gekko gecko lizards belonging to the family Gekkonida for sale

Pihak media telah membuat penyataan yang mengatakan yang cicak tokek tersebut mempunyai enzim-enzim yang boleh menyembuhkan penyakit HIV/Aids. Dengan berbekalkan informasi tersebut, kini ramailah orang-orang telah cuba mendapatkan tokek tersebut yang dikatakan boleh mencapai harga jutaan ringgit perkilo. Sebelum itu baik lah anda membaca informasi dan cara-cara dibawah.

Tokek ialah panggilan sebenarnya adalah merujuk kepada cicak yang bersaiz besar. Tokek adalah sejenis reptilia yang dikategorikan sebagai cicak besar iaitu dari spesis Gekkonidae. Tokek rumah juga dikenali sebagai Gekko gecko.

Dari segi rupa cicak tersebut mempunyai saiz badan dan kepala yang agak besar. Panjangnya saja dikatakan boleh mencapai sehingga 340mm termasuklah ukuran ekornya. Cicak tokek mempunyai struktur kulit yang agak kasar dan mengerutu kasar. Haiwan tersebut berwarna agak kelabu kecoklatan dan terdapat bintik-bintik berwarna merah atau oren. Dibahagian sisi perut pula warnanya agak kebiru-biruan dan kekuning-kuningan. Ekor cicak tokek agak mengembung, berbelang-belang, dan mempunyai enam baris seperti ruas-ruas buluh. Jari-jiri cicak ini agak lebar berbanding cicak biasa, mungin ini berfungsi untuk menampung saiz badan cicak tersebut yang agak besar.

Cicak tokek ini boleh dijumpai dinegara-negara seperti India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.

TIPS MEMELIHARA CICAK TOKEK

1. Tokek merupakan haiwan yang tahan lapar dan pertukaran cuaca. Walaupun tidak diberi makan seminggu, ia masih mampu bertahan.

2. Tokek adalah haiwan karnivor. Jadi jika dia kumpul disatu tempat yang sama, cicak tersebut akan memakan sesama sendiri. Jadi, adalah perlu untuk satu kandang bersamaan satu cicak.

3. Tokek tidak tahan kepada tekanan, jangan terlalu kerap mengubah lokasi kandang cicak tokek. Jika keadaan ini berlaku cicak tersebut tidak akan makan makanan yang diberikan. Kebanyakkan cicak tokek mati kerana perkara ini.

4. Lokasi kandang yang agak mesra alam, Kandang diluar rumah yang redup seperti bawah pokok adalah lebih baik berbanding didalam bangunan.

5. Tokek yang baru ditangkap biasanya tidak mahu menjamah makanan dalam tempoh 2-3 minggu. Cara terbaik adlah membina kandang dari pada kayu, peratusan untuk cicak itu pulih daripada stress agak cepat.

6. Elakkan dari bertelur, kerana kita bukan hendak membiakkan cicak tersebut. Konsep 1 cicak bersamaan 1 kandang.

7. Kandang yang baik seharusnya diperbuat dari kayu, berwarna agak gelap, hanya bahagian pintu sahaja menggunakan dawai untuk pengudaraan. Maksimum hanya dua tokek dalam 1 kandang.

8. Makanan terbaik untuk cicak tokek adalah serangga-serangga seperti cengkerik dll.

9. Jangan memegang tokek dibahagian ekor, kerana ia akan menanggalkan ekornya. Jangan sampai digigit, kerana gigitan cicak tokek agak kuat seperti kura-kura. Cara terbaik adlah memegang dibahagian tengkuknya
.

No comments:

Post a Comment