Satu lagi ikan berbahaya ialah jenis beracun. Ada dua jenis ikan bagi kategori ini. Pertama, ikan yang semula jadinya menyebabkan keracunan berpunca daripada bahagian luar atau organ dalaman seperti bahagian gonad (yang mengeluarkan telur atau sperma).
Contoh paling popular ialah ikan buntal (pufferfish), porcupinefish dan boxfish. Walaupun ikan ini dimakan orang Jepun melalui penyediaan oleh tukang masak berlesen.
Jenis kedua ikan beracun ialah yang menelan bahan beracun yang hidup pada batu karang mati atau alga. Racun itu dikenali sebagai ciguatera yang mengumpul pada ikan berkenaan yang kemudian dimakan ikan lebih besar seperti alu-alu, kertang dan red bass.
Simptom akibat memakan ciguatoxic kelihatan pada tempoh masa satu hingga 10 jam selepas memakannya. Mangsa akan mengalami cirit-birit selain kebas pada bibir, jari dan tangan. Kes paling buruk akan menyebabkan mangsa koma dan sesak nafas.
Tahap keracunan bergantung kepada jumlah ikan yang dimakan dan kepekatan toksid. Sebagai amalan selamat mengelakkannya, adalah bijak jika anda tidak memakan alu-alu dan red bass bersaiz besar, atau kerapu gergasi yang lazimnya dikaitkan dengan kes keracunan di rantau Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment